Kaza Saisi Ajar Qi Razali Mengaji?

Hai korang, hah, harini MiG Online nak kongsi dengan korang sikit, dengar kata pelakon Kaza Saizi ataupun lebih dikenali dengan Kaza ada mengajar orang di kampungnya mengaji termasuklah pelakon Qi Razali. Alhamdulillah, teruja MiG Online dengar.

Tapi nak tau mana MiG Online dapat berita? MiG Online dapat tahu dari sebuah filem terbaru “Suamiku Jatuh dari Langit” yang akan ditayangkan pada 18 Julai ini.

Filem terbaru “Suamiku Jatuh Dari Langit” yang mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas. Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah-lembut dan pandai mengaji.

Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka. Suatu hari, Awie yang nakal ni terpaksa belajar mengaji daripada Pak Bidin kerana sebab-sebab tertentu. Tentunya pelbagai detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

Nantikan filem terbaru MiG Pictures iaitu “Suamiku Jatuh Dari Langit” pada 18 Julai ini yang pastinya mesti buat penonton jatuh hati dengan keserasian Nora Danish dan Qi Razali dalam filem ini.

Jom kita layan babak-babak ‘cute’ Nora dalam filem ni ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s