Badi Dalam Tarian Mak Yong?

Tarian Mak Yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini merupakan satu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan, tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

Mak Yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Walaupun dari sejarah asal tarian ini, katanya ia telah berusia lebih daripada 800 tahun, namun ianya masih mempunyai makna yang misteri di sebalik tarian itu.

Dalam filem terbaru  yang bertajuk “Badi“, tarian mak yong kembali dipertontonkan. Mak Yong dipersembahkan sebagai tradisi dan dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan keistimewaannya seperti pakaian yang berhias cantik.

Ada juga yang menambah apabila penari sudah berada dalam emosi Mak Yong, segala pergerakan dan mimik muka akan bersatu menjadi lebih bernyawa.

Begitu juga yang terjadi kepada pelakon Adiba Yunus dalam filem “Badi“. Mak Yong seakan-akan ‘hidup‘ dalam diri Adiba dalam filem ini. Ada yang beranggapan Adiba terkena rasukan Mak Yong ketika di set penggambaran berlangsung. Tambah lagi, ketika nyanyian dan tarian Mak Yong dilakonkan oleh pelakon, krew produksi turut mengalami situasi yang aneh dan seram iaitu secara tiba-tiba mereka meremang  bulu roma seperti ada yang menyapa.

Apapun, setiap tarian ada kisahnya yang tersendiri. Mungkin ianya tidak dapat diluah secara lisan, dan hanya akan terungkai dalam filem ini. Nantikan filem “Badi” lakonan Azwan Kombos, Adiba Yunus, Hanif Safuan, Sharissa Haris, Navilya Husna dan ramai lagi pada 15 Oktober ini.

Setiap yang mati, belum tentunya pergi…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s