Atikah Suhaime Dihalang Bercinta?

Atikah Suhaime, seorang pelakon yang semakin meningkat naik namanya dan kini dikenali dalam industri hiburan tanahair. Baru-baru ni, Atikah dikatakan sedang hangat bercinta tetapi dengar kata perhubungan mereka telah dihalang. Tapi dihalang oleh siapa?

Nak dijadikan cerita, ye betul. Memang percintaan Atikah telah ditentang oleh bapanya. Ini terjadi kerana bapa Atikah tidak merestui percintaannya dengan seorang pelakon Shuk SYJ dalam filem terbaru lakonan mereka “Suamiku Jatuh Dari Langit“.

Atikah Suhaime yang memegang watak sebagai Wanie dalam filem ini telah dilamun cinta dengan salah seorang pemuda kampung yang nakal dan suka mengusik orang kampung iaitu Che Awang (Shuk SYJ).

Pak Bidin (Kaza) bapa kepada Wanie sekeras-kerasnya menghalang percintaan mereka kerana Pak Bidin tahu perangai sebenar Che Awang. Wanie mengambil langkah untuk meminta pertolongan daripada kakaknya, Asyikin (Nora Danish) untuk menyelamatkan hubungan mereka.

Filem bergenre romantik komedi ini bakal memberikan penonton satu bentuk komedi berlainan dari filem-filem yang lain. Tentunya korang akan ‘geli hati’ melihat gelagat pelakon-pelakon hebat dalam filem ini. Tak sabar nak tunggu kan? MiG Online pun macam tu jugak. hihi

So, jangan lupa untuk tonton filem “Suamiku Jatuh Dari Langit” pada Hari Raya Aidilfitri nanti ok? Save the date!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s