“Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana?”

Nak tau cerita terbaru tentang pelakon utama ‘Jalan Puncak Alam‘ Niezam Zaidi ni? Wahh! Dengar kata, Niezam dah tangkap cintan dengan artis baru iaitu Syaa Nasir. Siapa Syaa Nasir ni?

Untuk pengetahuan, Syaa Nasir ni ialah pelakon baru yang merupakan heroin dalam supertele terbaru terbitan Mangkin Prestij iaitu “Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana“.

Dalam supertele ni, Niezam membawa watak seorang remaja yang mula menyintai seorang gadis. Tapi belum sempat nak luah perasaan, dia perlu melupakan cintanya kepada gadis tersebut. Kenapa pulak dah?? 

Jom MiG Online story sikit dekat korang tentang supertele “Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana” ni ;

Sebuah supertele yang mengisahkan tentang Pia (Syaa Nasir) seorang gadis yang selalu berangan untuk mempunyai gaun pengantin seperti Cinderella. Satu hari, keluarganya memutuskan untuk mengahwinkan dia dengan anak kawan baik bapanya iaitu Jazzrik (Fahmy Reza) tanpa persetujuan Pia.

Pia bersetuju untuk mengahwini jejaka tersebut tetapi dia meletakkan syarat untuk pergi ke Kuala Lumpur mencari gaun pengantin idamannya.

Dalam pada itu, satu pertemuan yang tidak diduga, Pia bertemu dengan Sofian a.k.a Pian (Niezam Zaidi) yang menyebabkan mereka jatuh cinta pada pandang pertama.

Mesti semua nak tau apa yang jadi dengan mereka kan? Dapat ke si Pia tu cari gaun pengantinnya? Dengan siapa sebenarnya jodoh Pia? Semuanya akan bermula pada 1 Jun ini Eksklusif di Hypp Flick Plus, Saluran 801.

Jangan lupa 1 Jun nanti tau! Semoga bertemu jodoh🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s