Qi Razali Berkebaya Moden?

Amboi, QI RAZALI BERKEBAYA MODEN? Dengar dari tajuk je dah buat MiG Online ‘excited’ tau! hihi.

Biar betul hero malaya macam Qi Razali berkebaya sakan. Siapa pula yang nampak Qi? Nak ke mana sampai berkebaya? Ha, tapi dari cerita yang MiG Online dengar, memang betul Qi berkebaya moden, merah jambu lagi. Tapi kenapa? Hmmm, macam mana agaknya rupa buah hati Nelydia Senrose ni kan? hehe

Sebenarnya, dalam filem terbaru terbitan MiG Pictures “Suamiku Jatuh Dari Langit” yang menyebabkan Qi berkebaya moden. Nampak so ‘perempuan’ ok. hihi. Filem yang berunsur romantik komedi ini bakal menggegarkan penonton pada Hari Raya Aidilfitri nanti, 18 Julai 2015.

Kisah bermula tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah dididik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji. Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka. Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri . Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

Nak tengok Qi Razali berkebaya lebih lagi tak? Haruslah kena tunggu filem ni nanti di pawagam berhampiran. Mana tau jodoh korang pulak yang jatuh dari langit🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s