Kepintaran Rayyan Dan Danish Mengubah Hidup Mereka?

Kenal dorang ni? Dorang ni adalah adik-beradik yang genius. Cerdik dan pintar dalam melakukan perancangan untuk mempertahankan harta mereka.

Rayyan dan Danish sanggup lakukan apa saja termasuklah membuat perangkap untuk mengenakan waris-waris yang ingin merampas harta peninggalan ibu bapa mereka.

Nak tau apa sebenarnya yang dah jadi, jom layan sinopsis filem “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” ;

Berkisahkan tentang dua orang adik-beradik yang telah kehilangan ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tetapi ada meninggalkan sejumlah harta dan sebuah rumah yang besar tersergam indah.

Namun, muncul pula seorang peguam yang ingin menerangkan tentang pembahagian harta kepada mereka. Dalam pada itu, secara tiba-tiba datang waris kepada harta tersebut (Intan Ladyana) mahu merebut rumah peninggalan kedua-dua orang tua mereka.

Bermulalah adegan-adegan lucu dan misi yang dilakukan oleh dua beradik genius tersebut untuk menghalang waris-waris yang mahu mengambil rumah pusaka mereka.

Tapi berjaya ke dorang merampas rumah peninggalan Rayyan dan Danish? Semuanya akan terjawab pada 15 Ogos ini dalam “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” yang tentunya akan membantu adik-adik dekat luar sana tu untuk menyempurnakan misi. Tunggu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s