“Tolong Pulangkan Harta Aku”

“Badi” adalah sesuatu yang mistik. Pendapat orang lama zaman dahulu, ada yang mentafsir ianya mungkin tidak dapat diterima dek akal. Makhluk halus atau syaitan sentiasa melalukan pelbagai cara agar mereka akan terus wujud dalam diri tanpa dapat dilihat dengan ‘mata kasar’ manusia.

Sebuah filem seram bakal menemui penonton sekali lagi pada 15 Oktober ini. Mari kita singkap disebalik Yang Mati Belum Tentu Pergi

Kisah bermula apabila Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) yang merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital.

Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.

Seterusnya, bermulalah kejadian misteri  kepada pelajar-pelajar tersebut yang tidak dijangka telah menghantui diri mereka. Nak tau apa nasib mereka? Semuanya bermula dengan satu kejadian iaitu hanya dalam ‘BADI‘….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s