Apa Agaknya Aktiviti Terbaru Abang Kacak Dan Kakak Comel Ni?

Hai semua, salam Jumaat! Hari ni MiG Online nak share dekat korang tentang aktiviti terbaru abang kacak dan kakak comel yang mungkin korang dah kenal mereka melalui filem-filem MiG. Tapi siapa?

Jom MiG Online kenalkan dan share dengan korang antara aktivit MiG Talent.

Adiba Yunus adalah salah seorang pelakon di bawah naungan MiG Talent. Namanya kini semakin dikenali kerana Adiba ni seorang yang versatil dalam lakonan. Antara filem yang pernah dilakonkan oleh Adiba ialah Jangan Pandang Belakang Boleh?, Highland Tower, Nasi Tangas, Abang Lejen dan banyak lagi tau! Ha, gambar terbaru yang Adiba muatnaik di laman Instagram miliknya tu, tentang sebuah filem terbarunya “Badi” yang bakal ditayangkan pada 15 Oktober nanti.

So, untuk korang yang nak tau siapa Adiba Yunus ni lebih lagi, boleh follow Instagram Adiba di @adibayunus ok?

Seterusnya, abang kacak yang MiG Online maksudkan tadi ialah Shahfiez, atau lebih dikenali peminat dengan panggilan Shahfiez Rempit. Kalau korang pernah tengok filem-filem sebelum ni yang ada berkaitan dengan motor atau rempit, mesti ada Shahfiez. Perasan tak? hihi.

Untuk gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Shahfiez juga tentang filem yang sedang dalam pembikinan iaitu “Raja Kapcai”. Hah, kan MiG Online dah cakap. Asal Shahfiez, mesti tentang permotoran kan. Hehe, apapun Alhamdulillah. Ni semua namanya rezeki ye tak? Semoga Shahfiez semakin berjaya dalam bidang lakonan dan industri tempatan ye. Nak tau pasal abang yang legend Muay Thai ni lagi? Jom follow Instagram @shahfiez🙂

Seorang lagi pelakon cantik kelahiran MiG Talent yang berasal daripada Brunei, Nina Iskandar. Gadis manis yang berpewatakan menarik ni pun semakin terkenal namanya dalam industri. Walaupun berasal daripada Brunei, tapi Nina ni seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkara yang diingini seperti berlakon.

Terbaru, Nina ada berkongsi dia juga dalam set penggambaran sebuah telemovie seram bertajuk “Serambi Mama” Goodluck untuk Nina. Peminat yang nak follow Instagram Nina boleh click @ninaiskandar🙂

Yang terakhir untuk harini, abang sado lagi kacak bergaya ni namanya Hanif Safuan. Anak kelahiran Raub, Pahang ni merupakan seorang pendatang baru dalam bidang lakonan yang juga merupakan seorang pelakon, model dan pengacara.

Sekadar pengetahuan, Hanif pernah mendapat gelaran Ikon Lelaki Maskulin 2013/2014 tau. Kalau awek-awek dekat luar sana tengok Hanif ni depan mata mesti cair punya, hihi.

Antara filem yang telah dilakonan oleh Hanif dan akan ditayangkan tak lama lagi ialah “Badi”, dan “Misi Rayyan dan Danish : Jangan Ambil Rumah Kami”. Tunggu kemunculan filem abang sado ni nanti akan datang ok, nak tau apa aktiviti Hanif selepas ni, boleh ikuti perkembangan Hanif di akaun peribadi Instagramnya, @hanif_safuan. Selamat berkenalan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s