Nina Iskandar, Amar Asyraf Kahwin Lagi Tahun Ni?

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan tak lama lagi kan? Sekejap je masa berlalu.  Apa persediaan korang untuk menyambut bulan puasa ni. Boleh lah kongsi dengan MiG Online sikit kan? hihi

Ha, bila sebut tentang puasa ni mesti ada yang tak sabar nak raya kan? Untuk pengetahuan, semalam telah berlangsungnya satu majlis anjuran Watson iaitu “Raya bersama Watson” yang telah diadakan di Suka Sucre Bistro yang dimiliki oleh selebriti terkenal, Datuk Dr. Mohd Fazley bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob.

Selain itu juga, pelakon kacak Amar Asyraf dan si cantik Nina Iskandar turut hadir menyerikan majlis tersebut untuk drama yang telah ditaja sepenuhnya oleh Watson iaitu “Raya Ni Dah Kahwin” sequel untuk tayangan tahun lepas iaitu “Raya Ni Mesti Kahwin“.

Drama ini telah menggabungkan unsur kecantikan, penjagaan kulit, kesihatan & penjagaan diri untuk lelaki dan wanita dan juga elemen-elemen penting untuk kelihatan ceria, rasa hebat di Hari Raya. 

Apapun, majlis telah berlangsung meriah. Jom MiG Online kongsi gambar di sekitar majlis “Raya Bersama Watson”🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s