MiG Artis Penuhkan Aktiviti Berfaedah Sepanjang Bulan Puasa

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Selain menahan lapar dan dahaga, pelbagai kebaikan boleh kita pelajari dan dapat pada bulan yang mulia ni.

Bila MiG Online sebut tentang puasa, mesti ada yang nak tau apalah agaknya aktiviti artis kesayangan korang ni di bulan Ramadhan ni kan? Untuk kali ini, MiG Online nak share antara aktiviti MiG Artis kita, korang nak tau tak, jom ;

Mummy Khaulah Al-Azwar ni cantik je selalu kan? Antara aktiviti Diana Amir untuk bulan puasa ni nampaknya berbuka puasa dengan suami tercinta, hihi. Sweet sangat ni. Sebelum tu, jangan lupa saksikan lakonan terbaru Diana Amir, Yus Jambu, Tauke Jambu dan ramai pelakon hebat lagi dalam telemovie terbaru mereka “Aidil & Fitri” yang akan ditayangkan di Hypptv pada 15 Julai ni ok?  Salam Ramadhan🙂

Yang ni pula, jejaka terhangat dipasaran! Cewahh. Untuk semua yang belum kenal, abang-abang ni semua dari MiG Artis iaitu Fahmy Reza, Hafizz Bahari dan Iszander Nor. Beberapa hari yang lepas, aktiviti dorang dipenuhi dengan pembikinan MTV terbaru lagu raya Mejar (K) David Teo bersama Yassin Sulaiman iaitu “Kawan Lama“. Stay tuned!

Seterusnya, pelakon Nina Iskandar pula tahun ini belum sempat berpuasa bersama keluarga, sebabnya Nina sekarang ni sedang menjalani penggambaran drama terbarunya “Lari Mira The Series” di Acheh. Untuk pengetahuan, Nina ni anak kelahiran Brunei. Apapun, goodluck untuk Nina dan take care pretty!

Dua jelitawan yang manis ni pun dari MiG Artis jugak. Untuk bulan yang penuh berkat ni, Memey Roneey dan Navilya Husna berkesempatan menziarahi orang-orang tua di rumah jagaan Al-Ikhlas, Puchong bersama team MiG Online. Alhamdulillah, MiG Online doakan moga-moga aktiviti sesama kita untuk Ramadhan kali ini akan lebih bermakna untuk mereka yang kurang bernasib baik. InsyaAllah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s