Aidil Dan Fitri Bakal Tiba Aidilfitri Ini

Sebuah telefilem khas  “Aidil dan Fitri” bakal menemui korang 15 Julai ini di HyppTv? Seronok tak? hihi. Telefilem terbaru terbitan Mangkin Prestij ini yang pastinya memang seronok sebab kita ada pelakon hebat Diana Amir, Kumpulan Jambu iaitu Pak Yus dan Tauke. Haaa, nak rasa kehangatan beraya awal tak? Jom layan sinopsis telefilem ni dulu🙂

Telefilem “Aidil dan Fitri” mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Aidil (Yus Jambu) baru keluar dari rumah sakit mental dan sedang menjalani rawatan di Rumah Pemulihan Zahir dan Batin. Keadaannya semakin pulih tetapi memerlukan rawatan yang berterusan selama 2 tahun di rumah tersebut. Oleh sebab itu, dia tidak dapat pulang beraya.

Pada masa yang sama, telah hadir seorang doktor di rumah pemulihan tersebut iaitu Doktor Fitri (Tauke). Doktor Fitri mempunyai idea yang bernas dan ingin membantu Aidil untuk pulang beraya. Pelbagai cara mereka lakukan dan mereka jadi semakin rapat. Bermacam telatah lucu yang terjadi dalam telefilem ini. Nak syok lagi? Pastikan korang tonton telefilem ini pada 15 Julai di Hypptv, Saluran 801 ok? Apapun, moh kita layan trailer “Aidil dan Fitri” dekat bawah ni🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s