Nora Danish dan Qi Razali Masih Di Pawagam?

Hai semua pembaca MiG Online, selamat memulakan kerja selepas berhari raya. Ewahh! hihi. Ha, lepas dah makan ketupat rendang haritu korang semua dah tonton filem hangat “Suamiku Jatuh Dari Langit” ke belum?

Siapa yang belum berkesempatan untuk menonton filem romantik komedi lakonan Nora Danish, Qi Razali, Atikah Suhaime, Syuk SYJ dan Kaza Saisi tu?

Apa lagi, lepas balik dari kerja petang ni boleh lah singgah di pawagam berdekatan. MiG Online confirm lepas penat seharian bekerja, korang mesti pecah perut dengan lawak spontan oleh Syuk SYJ dan lain-lain lagi.

Sebelum tu, meh MiG Online ingatkan korang jalan cerita filem ni dengan trailer sekali. Jom layan ;

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.

Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.
Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.

Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .
Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s