Misi Rayyan Dan Danish, Beri Impak Kepada Kanak-Kanak

Sebuah filem terbitan Mangkin Prestij iaitu “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” bakal menemui korang semua tak lama lagi pada 20 Ogos ni. Ha, mesti semua nak tau filem apa pulak ni kan?

Filem terbaru yang dilakonkan oleh Intan Ladyana, Azwan Kombos, Sharisa Haris, Hanif Safuan, adik Muntaza Ghani, dan adik Firdaus Ghufran akan membantu adik-adik semua untuk atur strategi.

Filem yang mengisahkan tentang kecerdikan kanak-kanak zaman masa kini yang mampu untuk mengendalikan ‘waris’ yang mahu mengambil kesempatan ke atas mereka. Sebelum tu jom kita layan sinopsis Misi Rayyan Dan Danish : Jangan Ambil Rumah Kami ;

Berkisahkan tentang dua orang adik-beradik yang telah kehilangan ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tetapi ada meninggalkan sejumlah harta dan sebuah rumah yang besar tersergam indah.

Namun, muncul pula seorang peguam yang ingin menerangkan tentang pembahagian harta kepada mereka. Dalam pada itu, secara tiba-tiba datang waris kepada harta tersebut (Intan Ladyana) mahu merebut rumah peninggalan kedua-dua orang tua mereka.

Bermulalah adegan-adegan lucu dan misi yang dilakukan oleh dua beradik genius tersebut untuk menghalang waris-waris yang mahu mengambil rumah pusaka mereka.

Tapi berjaya ke dorang merampas rumah peninggalan Rayyan dan Danish? Semuanya akan terjawab pada 20 Ogos ini dalam “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” yang tentunya akan membantu adik-adik dekat luar sana tu untuk menyempurnakan misi. Stay tuned ok!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s