Langgar Etika, Pelajar Diganggu Badi Mayat?

Korang pernah dengar tentang Badi? Kebiasanya ‘badi’ akan terjadi kepada seseorang apabila dia pergi menziarahi ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Tapi kata orang-orang tua pula, badi ni asalnya dari jin & syaitan yang akan sering menganggu manusia samaada ketika sedang suka ataupun berduka.

Kisah ini terjadi dalam satu filem terbaru terbitan MiG Pictures yang bertajuk “Badi”. Filem bergenre seram ini telah melalui proses penggambaran dan akan ditayangkan tak lama lagi pada 15 Oktober.

Kisah bermula antara ;

Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri barang kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”. Seterusnya, bermulalah kejadian misteri  kepada pelajar-pelajar tersebut yang tidak dijangka telah menghantui diri mereka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s