(Gambar) Sekitar Majlis Pelancaran Filem Polis Evo

Beberapa hari lalu, MiG Online sempat pergi ke Majlis Pelancaran filem terbaru terbitan Astro Shaw arahan pengarah, Ghaz Abu Bakar iaitu Filem Polis Evo. Majlis tersebut telah diadakan meriah di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Selain Awal Ashaari sebagai pengacara, antara barisan artis yang turut sama hadir ialah pelakon-pelakon hebat yang membintangi filem tersebut iaitu Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Pablo Amiro dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan pembaca, filem Polis Evo bakal menggegarkan pawagam tidak lama lagi. Sebelum tu, MiG Online nak kongsikan sikit sinopsis dan beberapa keping gambar di sekitar majlis pelancaran filem Polis Evo baru-baru ni, jom usha sini jap :

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu.

Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s