(Tahniah) Shila Amzah Rangkul Dua Anugerah Di Hong Kong

Alhamdulillah, tadi MiG Online berkesempatan menemubual secara eksklusif seorang penyanyi yang telah mengharumkan nama Malaysia iaitu Shila Amzah. Sekalung tahniah MiG Online ingin ucapkan buat beliau kerana telah memenangi dua anugerah di Hong Kong New City Mandarin Music Award 2015.
 
Dari pengetahuan MiG Online, Shila Amzah atau lebih senang dipanggil Sha, telah memenangi dua anugerah disana. Beliau telah merangkul Anugerah Penyanyi Wanita Terbaik dan Persembahan Terbaik Dalam Lagu dan telah menewaskan beberapa nama besar dari negara Hong Kong, Taiwan, Singapura, dan Malaysia sendiri. Pencapaian Shila sangat membanggakan kerana secara tidak langsung telah mengaharumkan nama negara, Malaysia. Tahniah sekali lagi MiG Online ucapkan.
Eh, kenapa MiG Online yang teruja lebih ni? hihi. Apabila ditanya tentang disebalik kejayaan beliau, kejayaannya dalam industri muzik ini adalah berkat dan dorongan dari ahli keluarga yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada beliau.  Shila juga ada menyatakan bahawa peminat juga adalah punca utama beliau berjaya menempatkan namanya di persada seni.
MiG Online sempat juga meluangkan masa menebual bapanya, yang turut berbangga dengan Shila yang telah berjaya sehingga tahap ini. Katanya lagi ” Kejayaan ini adalah dari usaha gigih beliau (Shila berlatih vokal dan tidak berputus asa dalam industri“.
Selain daripada itu, Shila sempat berkongsikan kepada kami tentang keadaan ibunya yang tidak sihat waktu ini kerana baru sahaja menjalani pembedahan kecil akibat ketumbuhan yang dipanggil Fibroid. MiG Online sempat melawat keadaan ibunya yang semakin pulih. MiG Online berharap semua peminat akan terus mendoakan kesihatan buat ibunya. Amin🙂 Apa-apapun, MiG Online ingin kongsikan beberapa keping gambar beliau yang terkini untuk peminat yang merindui Shila Amzah. Enjoyce!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s