Rumah Terbuka Rozita Che Wan Dan Zain Saidin, Meriah

Selamat pagi, salam Isnin semua. Ada yang masih mengantuk lagi ke? Hihi. Pagi ni, MiG Online nak kongsikan dengan korang tentang kemeriahan majlis rumah terbuka yang MiG Online sempat terjah Jumaat lalu. Untuk pengetahuan semua, MiG Online sempat berkunjung ke majlis rumah terbuka yang cukup meriah, yang diadakan oleh pelakon cantik Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin di Sunway Putra Hotel.

Dengan tema busana ‘merah hitam’ yang dikenakan oleh mereka sekeluarga, sudah cukup menyerlahkan majlis tersebut yang turut dikunjungi oleh ahli keluarga dan teman rapat. Tambah lagi, yang turut menjadi perhatian ialah puteri kesayangan mereka iaitu Aaisyah Dhia Rana. Geram betul MiG Online dengan si comel tu tau, hihi. Bukan sahaja comel, tapi wajah si kecil itu saling tak tumpah seperti Che Ta dan Zain Saidin.

Majlis turut  diacarakan oleh selebriti, Didie Alias yang sememangnya menghiburkan para tetamu yang hadir. Antara rakan artis yang turut sama hadir ialah Dafi, Ayu Raudhah, Azza Elite dan ramai lagi. Bila diadakan majlis sebegini, ianya seperti sebuah majlis mengeratkan silaturahim. Memang seronok apabila melihat mereka bergurau sesama sendiri. Apa-apa pun MiG Online dah sabar nak kongsi dengan korang gambar di sekitar majlis rumah terbuka Che Ta dan Zain. Jom layan ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s