Intan Ladyana Ada Niat Jahat?

Hai semua, harini MiG Online nak share tentang seorang artis ni. Namanya memang cukup dikenali iaitu pelakon Intan Ladyana atau atau lebih mesra dengan panggilan Intan. Dari desas-desus yang MiG Online dengar katanya Intan ni ada niat jahat kepada dua orang pelakon cilik, Muntaza Ghufran dan Firdaus Ghufran.

Tambahnya lagi, dengar kata Intan nak rampas rumah yang adik-beradik ni duduk. Eh, tapi kenapa? Ha, kalau korang semua nak tau kenalah tonton filem terbaru lakonan Intan Ladyana, Azwan Kombos, Haniff Safuan,  juga adik Muntaza dan Firdaus. hihi

Semalam, telah berlangsung malam pratonton filem Misi Rayyan Dan Danish : Jangan Ambil Rumah Kami di Cathay Cineplex, e@Curve, Damansara. Memang meriah betul lah semalam. Mana taknya, ramai adik-adik yang datang dan menonton filem ni bersama keluarga. Dan mereka berpuas hati dan katanya nak tengok lagi. Wah! Seronok betul MiG Online dengar🙂

Selain itu juga, majlis turut dihadiri oleh media cetak dan media elektronik yang sentiasa menyokong filem tempatan. Terima kasih diucapkan. Apapun, jangan lupa menonton filem hiburan kanak-kanak 20 Ogos ini (Khamis) di seluruh pawagam berdekatan ok? 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s