Azwan Kombos Nafi Ada Hubungan Dengan Natasha

Jika sebelum ini,hubungan mesra pelakon yang membintangi filem ‘Badi’, Azwan Kombo bersama Ezzaty Abdullah telah pun diketahui ramai. Tapi tup tup, MiG Online dengar mereka sudah pun berpisah berhubung dengan kenyataan pelakon drama Delina iaitu, Ezzaty sendiri ada mengeluarkan kenyataan supaya “tiada sesiapa yang mengaitkan dirinya bersama Azwan lagi”. Betul ke?

Hal ini terjadi katanya adalah kerana, munculnya orang ketiga  dalam hubungan mereka iaitu artis baru naungan MiG, Natasha Charmaine Rickson. Tambahnya lagi, Azwan dikatakan telah memuatnaik gambar bersama Natasha di KLFW 2015 baru-baru ini.

Tapi kenyataan ini telah pun diperjelaskan oleh Azwan dan menggangap buah hatinya itu hanya merajuk dengannya. Jelas Azwan lagi ;

“Saya ada baca kenyataannya itu tetapi saya tidak menyalahkannya. Dia berkata demikian mungkin kerana masih marah dan merajuk ekoran saya memuat naik gambar bersama Natasha di Instagram.

“Kami masih bersama sebagai kekasih cuma saya sedang berusaha memujuknya yang masih marah.

Tambah Azwan, beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Natasha dan hanya berkongsi pengurus yang sama.  Malah, pertemuan  mereka berdua di KLFW 2015 hanya kebetulan sahaja.

“Jujurnya Ezzaty tahu saya pergi ke FWKL tetapi tidak mengetahui saya hadir dengan siapa. Bagaimanapun pertemuan dengan Natasha bukan dirancang sebaliknya berlaku secara spontan. Dia adalah artis baharu dibawah MIG dan kami sama-sama berkongsi pengurus yang disediakan oleh pihak syarikat, hubungan kami sekadar teman artis sahaja.”

Ha, biasalah dalam perhubungan pasti ada pasang surutnya. Bak kata Azwan, dia dan Natasha hanya berkawan sahaja. Biarlah mereka selesaikan hal ini dengan cara mereka sendiri. Kalau dah jodoh tak kemana, tak gitu? Apapun, peminat semua doakan yang terbaik untuk mereka ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s