Azwan Kombos Dilema Selepas Terkena Badi?

Baru-baru ini, Azwan Kombos telah tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke 27 untuk anugerah Pelakon Harapan Lelaki dalam filem Nasi Tangas. Tapi tiba-tiba MiG Online dapat tahu yang Azwan sekarang ni, berada dalam dilema selepas terkena badi.

Macam mana keadaan Azwan sekarang? Korang hanya boleh tahu selepas filem Badi lakonan beliau ditayangkan pada 15 Oktober ini.

Kisah bermula apabila Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) yang merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital.

Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s