Intan Ladyana Mahu Fokus Kerjaya Berbanding Soal Cinta

Salam Jumaat, salam penghulu segala hari. Harini MiG Online nak kongsi sikit tentang pelakon cantik Filem Banglo Berkunci, Intan Ladyana, yang baru-baru ini katanya beliau sering diasak dengan soalan yang mengaitkan dirinya dengan pelakon Filem Isteri Untuk Dijual, iaitu Kamal Adli. Walaupun hubungan mereka sudah lama berakhir, tetapi masih ada pihak yang ingin mengetahui tentang kehidupan Intan setelah berpisah.

Bila ditanya tentang perkara tersebut Intan menegaskan bahawa ;

“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Selepas berpisah, saya tidak berhubung lagi dengannya. Saya juga tidak mahu ambil tahu sama ada dia sudah ada pengganti atau tidak kerana ia bukan urusan saya lagi. Saya berharap orang juga tidak bertanya saya mengenai perkembangan dirinya lagi”.

“Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi kisah cerita peribadi mahu pun kisah cinta lagi. Memang dulu, saya sangat terbuka berkongsi kisah cinta dengan pihak media dan peminat tapi kini tidak lagi. Banyak yang saya belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini,” jelas Intan. 

Untuk peminat-peminat Intan Ladyana, jangan lupa saksikan filem terbaru lakonan Intan dalam Banglo Berkunci yang akan ditayangkan tak lama lagi pada 26 November ini di pawagam berdekatan anda. Apapun semoga Intan lebih berjaya. Semua doakan ok? Good Luck Intan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s