“Calon RM100,000!”

Siapa yang tau tentang Program Realiti ‘I Want To Be A Film Maker’ ni? Ha, meh MiG Online kongsi sikit. Untuk pengetahuan semua, program realiti terbitan Mangkin Prestij ini, dengan kerjasama Yayasan TM, Multimedia Universiti (MMU) dan HyppTV telah mengadakan satu program realiti untuk mencari bakat-bakat muda dalam pengarahan filem selain  mendapat tajaan biasiswa sebanyak RM100,000 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Sinematik. Wah, seronoknya!

Lebih kurang 30 orang peserta telah hadir ke ujibakat semalam yang bertempat di MMU,Cyberjaya. Memang meriah, sebab macam-macam ragam, dan macam kerenah peserta-peserta yang hadir ni. Mereka yang datang juga adalah dari seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Sungguhpun jauh, tapi mereka tetap bersemangat untuk hadir ke ujibakat ‘I Want To Be A Film Maker‘.

Peserta yang hadir akan dinilai dari segi ilmu pengetahuan mereka dan kesungguhan untuk berada dalam bidang ini. Mereka akan dipilih oleh juri dan disenarai pendek kerana ‘I Want To Be A Film Maker‘ hanya ingin memilih 12 orang pelajar sahaja.

Apapun, untuk korang yang nak tau lebih lagi nantikan program ini akan datang di HyppTV, sebelum tu jom kita layan gambar disekitar ujibakat ini berlangsung, check it out!

One thought on ““Calon RM100,000!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s