“Gambar Romantis Raja Farah”

Alhamdulillah, dengan hanya sekali lafaz pelakon jelita Raja Farah Raja Aziz atau lebih dikenali dengan Raja Farah telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail, semalam.

Untuk pengetahuan semua, majlis pernikahan mereka telah diadakan di Masjid Ampuan Jemaah yang telah dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Raja Aziz Raja Ngah, dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal.

Selain itu juga, Raja Farah telah menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas manakala wang hantaran dirahsiakan. Dengan mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail, Raja Farah nampak anggun dan cantik pada hari itu.

Dari apa yang MiG Online dengar, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 13 September ini di Hotel De Palma, Ampang.

Apapun, tahniah sekali lagi dan selamat pengantin baru buat Raja Farah dan suami, dari MiG Online. Semoga perkahwinan pasangan sejoli ini akan kekal hingga ke Syurga, InsyaAllah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s