Sekitar Majlis Resepsi Raja Farah dan Iskandar Ismail

Sungguh harum bunga rampai,
Dibawa orang ke tengah balai,
Sanak saudara sahabat handai,
Datang meraikan dua mempelai.

Ewah, berpantun pula MiG Online harini, hihi. Mana taknya, melihat kemesraan pengantin baru Raja Farah dan Iskandar Ismail di majlis resepsinya semalam, memang sepadan.

Untuk pengetahuan, mereka selamat diijabkabul pada 6 September lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. Manakala, semalam pula telah berlangsung majlis resepsi kedua mempelai itu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, bertemakan ala-ala James Bond gitu! Turut hadir pada malam tersebut ialah penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza dan suami, Diana Amir, dan ramai lagi selebriti yang hadir untuk meraikan pasangan ini.

Mengenakan busana dari pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, Raja Farah dan Iskandar nampak secocok sekali. Apapun, MiG Online doakan semoga ikatan perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke Jannah, InsyaAllah.

Jom layan beberapa keping gambar di sekitar majlis resepsi Raja Farah dan Iskandar Ismail ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s