Banglo Berkunci Simpan Kisah Penuh Misteri?

Dari penerbit filem Highland Tower, mempersembahkan sebuah lagi filem seram berjudul “Banglo Berkunci” yang akan ditayangkan tak lama lagi pada 26 November ini.

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang anak muda, Danny (Fadlan Hazim) Boy (Adiba Yunus) dan Adam (Fahmy Reza) yang suka melakukan aktiviti paranormal. Mereka gemar memilih tempat-tempat mistik untuk mencari kepastian tentang adakah benar hantu itu wujud.

Satu hari mereka telah pergi ke sebuah banglo, dimana banglo tersebut mempunyai sejarah hitam. Penghuni banglo itu dikatakan telah membunuh ahli keluarganya tanpa sedar, dan perkara tersebut telah viral di laman sosial.

Tiga anak muda ini  tetap ingin menerokai kejadian misteri, disebalik banglo itu. Tapi sebelum masuk, mereka perlu mematuhi syarat yang mereka hanya boleh “masuk selepas Isyak dan keluar selepas subuh“. Tapi kenapa?

Pelbagai perkara yang terjadi selepas mereka bertiga cuba untuk mengesan entiti yang sering diperkatakan oleh masyarakat tentang banglo tersebut. Yang pastinya “JANGAN SAMPAI IA DIBUKA“. 

Nantikan filem seram “Banglo Berkunci” pada 26 November ini di pawagam berdekatan anda. 

3 thoughts on “Banglo Berkunci Simpan Kisah Penuh Misteri?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s