Awie Sebagai Hos, Bakal Beri Impak Baru?

Semalam, MiG Online berkesempatan untuk pergi ke Majlis Pelancaran Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) yang telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Sekadar pengetahuan, ASK 2015 bakal diadakan pada 8 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 9 malam.

Selain itu juga, apa yang istimewanya tentang ASK 2015 pada tahun ini, Awie dan Fara Fauzana akan bergandingan sebagai pengacara pada malam tersebut, hihi. Mesti semua dah tak sabar nak tengok macam mana gandingan mereka akan bergabung di pentas yang berprestij tu kan? Tunggu🙂

Secara keseluruhannya, ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori yang meliputi 12 kategori drama, tujuh filem, enam penerbitan dalaman dan enam teknikal.Untuk kategori drama, sebanyak 16 buah drama, lapan drama rantaian, tiga drama rantaian komedi dan tiga drama rantaian popular media sosial dicalonkan. Manakala untuk kategori filem, 25 karya terbitan tempatan turut layak dipertandingkan.

Tahun ini, Anugerah Skrin 2015 telah memilih tema “Raikan Bintang” (Celebrating the Stars) sebagai konsep malam penganugerahan.

Berikut adalah kategori dipertandingkan dalam ASK 2015 sebelum tu, jom kita layan gambar di sekitar majlis pelancaran berlangsung :

Kategori Drama

1. Drama Terbaik
2. Lakon TV Terbaik
3. Pengarah Drama Terbaik
4. Penyunting Drama Terbaik
5. Videografi Terbaik Drama
6. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Wanita Terbaik Drama
8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
10. Drama Rantaian Komedi Terbaik
11. Drama Rantaian Terbaik
12. Drama Rantaian Popular Media Sosial

Kategori Filem

1. Filem Terbaik
2. Lakon Layar Terbaik
3. Pengarah Terbaik Filem
4. Pelakon Lelaki Terbaik
5. Pelakon Wanita Terbaik Filem
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
7. Pelakon Pembantu Terbaik Filem

Penerbitan Dalaman

1. Rancangan Bual Bicara Terbaik
2. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
3. Laporan Khas Berita Terbaik
4. Rancangan Hiburan Terbaik
5. Rancangan Anugerah Terbaik
6. Rancangan Realiti Terbaik

Teknikal

1. Videografi Terbaik
2. Suntingan Terbaik
3. Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik
4. Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik
5. Rekabentuk Set Terbaik
6. Montaj Terbaik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s