Filem Badi ‘FullHouse’!

Selasa lalu, satu lagi filem terbitan MiG Pictures telah mengadakan Malam Pratonton yang telah diadakan di Cathay Cineplex, ECurve, Damansara.

Dari pengarah filem seram Pengantin Malam, muncul pula sebuah filem seram Badi, merupakan sebuah filem terbaru arahan Eyra Rahman. Kali ini dibarisi pelakon hebat seperti Azwan Kombos, Adiba Yunus, Rashidah Jaafar, Hanif Safuan, Navilya Husna, Sharisa Haris Chong, dan ramai lagi.

Satu kelainan tentang filem ini, ianya lebih kepada tradisional kerana pengisian tentang filem ini ada mengetengahkan tarian dan nyanyian Mak Yong iaitu satu tarian yang amat popular pada satu masa dulu. Apa yang pastinya, memang meremang bulu roma MiG Online lepas tonton filem ini di malam pratonton haritu.

Selain itu juga, apa yang syoknya lagi, malam pratonton filem Badi pada hari tersebut memang “fullhouse”! Terima kasih sekali lagi kami ucapkan buat pihak media cetak, media elektronik, dan juga penonton yang hadir untuk berikan sokongan kepada filem ini. Harapan kami agar filem Badi ini akan mendapat tempat dan seterusnya menjadi filem box office, InsyaAllah. Jangan lupa tonton filem Badi mulai hari ini 15 Oktober di pawagam berdekatan anda!

Apapun, MiG Online nak share tentang sinopsis filem ni sebelum korang tonton trailer Filem Badi ni dan gambar sekitar malam pratonton di bawah, let’s check it out!

Yang mati belum tentu pergi….

Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri barang kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”. Seterusnya, bermulalah kejadian misteri  kepada pelajar-pelajar tersebut yang tidak dijangka telah menghantui diri mereka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s