Nadiya Nisaa Adik Angkat Farid Kamil?

Malam gala Filem “Love, Supermoon” telah berlangsung dengan meriahnya semalam di Cathay Cineplex, ECurve, Damansara. MiG Online sempat hadir ke sana dan memang happening! Mana taknya, malam gala filem ini penuh dengan aura cinta tau! hihi

Antara barisan pelakon yang hadir pada malam tersebut tentunya hero dalam filem ini iaitu Farid Kamil, heroinnya pula Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Diana Johor dan ramai lagi.

Nak tau filem ni tentang apa? Jom MiG Online kongsikan sikit sinopsis filem “Love, Supermoon”  :

Filem ‘Love, Supermoon’ mengisahkan tentang perjalanan hidup hero dan heroinnya selama 20 tahun yang penuh dengan kisah suka dan duka. Filem ini memaparkan saat-saat penting dalam kehidupan seperti cinta monyet zaman persekolahan, konvokesyen di universiti, temuduga kerja, alam berumah tangga dan seterusnya. Untuk filem ‘Love, Supermoon’, “gosip” dijadikan medium penceritaan latar belakang kisah hero dan heroin.

Filem romantik ini mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Zain Hamid) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s