“Masuk Selepas Isyak Dan Keluar Selepas Subuh?”

Apa yang “masuk selepas Isyak, keluar selepas Subuh ni”? Ha, kalau korang nak tau ini adalah antara kata-kata seorang pewaris atau penjaga sebuah banglo yang katanya menyimpan seribu satu tanda tanya mengapa banglo tersebut berterusan berkunci hingga ke hari ini.

Bila sebut tentang teratak, rumah, banglo atau kediaman semestinya ada yang mengaitkan tentang kisah seram. Yang pastinya mesti ada antara pembaca MiG Online yang pernah menerokai ‘rumah usang‘ yang lama terbiar kan?

Ini adalah kisahnya ;

Mengisahkan tentang 3 orang anak muda, Danny (Fadlan Hazim) Boy (Adiba Yunus) dan Adam (Fahmy Reza) yang suka melakukan aktiviti paranormal. Mereka gemar memilih tempat-tempat mistik untuk mencari kepastian tentang adakah benar hantu itu wujud.

Satu hari mereka telah pergi ke sebuah banglo, dimana banglo tersebut ada seorang pewaris yang bernama Kesuma (Intan Ladyana). Pewaris tersebut menceritakan bahawa penghuni banglo sebelum ini dikatakan telah membunuh ahli keluarganya tanpa sedar, dan perkara tersebut telah viral di laman sosial.

Tiga anak muda ini  tetap ingin menerokai kejadian misteri, disebalik banglo itu. Tapi sebelum masuk, mereka perlu mematuhi syarat yang mereka hanya boleh “masuk selepas Isyak dan keluar selepas subuh“. Tapi kenapa?

Pelbagai perkara yang terjadi selepas mereka bertiga cuba untuk mengesan entiti yang sering diperkatakan oleh masyarakat tentang banglo tersebut. Yang pastinya “JANGAN SAMPAI IA DIBUKA“. 

Nantikan filem seram “Banglo Berkunci” pada 26 November ini di pawagam berdekatan anda. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s