Nora Danish Serikan Filem Chowrasta

 

Dengan jayanya, malam pratonton Filem Chowrasta telah berlangsung semalam di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Dengan kehadiran barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Risteena Munim, Fauzi Nawawi dan juga pelakon baru Chem Ammar, telah memberi kelainan dalam naskhah terbaru hasil daripada pengarah, Prof. A. Razak Mohaideen.

Filem ini telah mengetengahkan sejarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bagaimana sejarah ini mampu mengubah nasib hidup anak bangsa hingga ke harini.

Filem ini juga didekasikan khas untuk untuk Naib Chanselor, UiTM, Tan Sri Dato’ Sri Prof Lr Dr Sahol Hamid Abu Bakar kerana biografi ini adalah lakaran kehidupan  beliau sebelum beliau berjaya.

d205883a-04cc-4831-bb5d-1e8e2f3ce7ca_zps8l2da7x2

7554061a-2980-4c75-8f34-35d40d2b1fdb_zps1byg1bo9

 

 

 

Sinopsis ringkas, filem Chowrasta ini mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda miskin bernama Hamid (Chem Ammar) yang sering dihina. Hamid tekad ingin mengubah nasibnya dan menyertai seni mempertahankan diri Muay Thai dan kongsi gelap yang diketui pak ciknya Uncle Don (Datuk Rosyam Nor) yang kemudiannya menasihatkannya melanjutkan pelajaran ke ITM, Shah Alam. ITM bukan sekadar membentuk Hamid menjadi seorang yang berguna malah turut bertemu dengan cinta hatinya, Hanizah (Nora Danish). Kemiskinan telah mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya. Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Saksikan filem inspirasi dari kisah benar Chowrasta di pawagam berdekatan anda bermua 3 Disember ini ok? Sebelum tu, kita layan trailer filem ini & gambar di sekitar malam pratonton Filem Chowrasta, check it out!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s