Nur Aurora Buat Farid Kamil Teruja

1_zpsagdwkr8d

Alhamdullilah, pertama sekali tahniah buat pelakon Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle telah selamat menimang cahaya mata mereka yang kedua yang diberi nama Nur Aurora yang bermaksud “Cahaya Fajar”.

Indah sungguh nama dan maksud tersebut, tambah Farid nama tersebut diberi kepada puterinya sempena kelahiran Aurora yang hampir dengan waktu Subuh.

“Saya dan Dee (Diana) sepakat untuk memberi nama Nur Aurora yang membawa maksud cahaya fajar dan ia sangat istimewa buat kami.

“Ketika melahirkan Aurora, Dee tidak mengalami sebarang masalah dan saya akui teknik bersalin dalam air sangat membantu serta memudahkan proses kelahiran,” ujar Farid dengan riak teruja.

2_zpsuhrtrupg

Tambahnya lagi, “Buat masa ini saya ingin memberikan fokus kepada Dee yang sedang berpantang dan masih belum fikirkan tentang akaun Instagram untuk Aurora. 

“Tetapi dalam masa terdekat ini saya akan mendedahkan wajah Aurora menerusi Instagram kami, Insha-Allah.” ujarnya.

Syukur ke hadrat ilahi, suka MiG Online dengar berita gembira ni kerana segalanya telah dipermudahkan buat pasangan ini. Apapun, MiG Online doakan buat Nur Aurora menjadi anak yang baik ok? Tak sabar nak tengok wajah Aurora kan? hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s