Kamal Adli & Azwan Kombos Berebut Kekasih?

3607502749434-line_zps8rh5jbct

Umum, mengetahui tentang hubungan cinta Kamal Adli dengan seorang pelakon yang cantik jelita. Tup tup MiG Online terdengar yang Kamal kini mempunyai saingan dengan seorang pelakon baru, Azwan Kombos yang turut menyimpan hati kepada gadis idamannya. Biar betul?
Bila diselidik kembali, memang betul mereka bergaduh berebutkan seorang gadis, tapi hanya dalam filem terbaru “Isteri Untuk Dijual” lakonan Kamal Adli, Nora Danish, Azwan Kombos, Vicha Saywho, Abam Bocik dan ramai lagi.

Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita bercita-cita ingin menjadi model terkenal yang dilakonkan oleh Bella (Nora Danish) di sebuah syarikat majalah yang dimiliki oleh Reza iaitu (Kamal Adli). Reza jatuh cinta dengan Bella kerana kecantikan yang dimiliki olehnya dan terus membuat keputusan untuk berkahwin, namun selepas berkahwin Reza baru mula mengetahui perangai buruk isterinya dan mencari jalan menjual isterinya kepada kawan baiknya iaitu Adi (Azwan Kombos).

Ish ish, Nora Danish punyalah cantik, kenapa pulak Kamal Adli nak jual dia?? Ha, so pastikan korang tonton filem “Isteri Untuk Dijual” yang akan ditayangkan 24 Disember ini diseluruh pawagam berdekatan. Rugi kalau tak tengok! Tengok jangan tak tengok! Eh🙂
Sebelum tu, MiG Online nak kongsikan gambar di sekitar malam pratonton & trailer filem “Isteri Untuk Dijual” yang diadakan semalam di Cathay, e@Curve, Damansara, jom layan!

1_zpsb2u0kqur1

Bersama para pelakon filem “Isteri Untuk Dijual”

3607499581757-line_zpstbqo9wqy

Azwan Kombos juga turut hadir memeriahkan suasana

3607487708027-line_zpscvymk8yg

Anam Azizani pelakon baru dalam MiG Talent turut membintangi filem ini 

71121-line_zpsjpy4rzc1

Vicha Saywho sebagai kawan baik Nora Danish tau dalam filem ni

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s