Langit Cinta Buat Penonton Meruntun Jiwa

 

72548-line_zpsixlejzvj

Sebuah filem terbaru arahan Osman Ali, dari terbitan Astro Shaw telah mengadakan Malam Tayangan Perdana Filem Langit Cinta di Cathay Cineplex, e@Curve, Damansara.

Dibarisi pelakon handalan seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan ramai lagi telah menghangatkan suasana ketika majlis berlangsung semalam.

72546-line_zpsrcvxntqh

72540-line_zpsy5vpllob

72537-line_zpsegg9wdmk

 

Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Siti Nur Khadejah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadejah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu. Budiman (Farid Kamil) penduduk Pulau Perindu yang juga sudah lama menyimpan perasaan terhadap Khadejah, tetapi pasrah selepas Khadejah & Alif disatukan. Kisah cinta siapa yang lebih mendalam?

Nantikan Filem Langit Cinta pada 7 Januari 2016 ini diseluruh pawagam berdekatan anda #CintaSampailangit🙂

72550-line_zpskghtzoy6

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s