Majlis Kesyukuran & Aqiqah Muhammad Zeeshan anak Fouziah Gous & Zhafran Yusof

Pada 9 Januari lepas telah berlangsungnya majlis Kesyukuran & Aqiqah untuk Muhammad Zeeshan iaitu putera sulung kepada pasangan Fouziah Gous & Zhafran Yusof bertempat di kediaman mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis, saudara-mara serta rakan-rakan pasangan itu.

12523894_1070796086275328_1976883694394942425_n_zpsfnokvg82

“Bercakap kepada media, pelakon dan pengacara, Fouzah Gous meluahkan rasa syukur dan sangat teruja di atas kelahiran putera sulungnya dimana telah melengkapkan kehidupan mereka sebagai suami isteri,” ujar Fouziah Gous.

“Kehadiran Zeeshan dalam kehidupan kami suami isteri sangat bermakna. Zeeshan lambang cinta kami. Sebagai bapa, kehadirannya sangat saya nantikan malah saya dan isteri bersyukur ke hadrat Tuhan,” kata Zhafran dengan nada gembira.

Apabila ditanya maksud disebalik nama Muhammad Zeeshan, Fouziah menjawab Zeeshan bermaksud SEMPURNA dan TERHEBAT manakala di dalam BAHASA ARAB bermaksud TENANG.

3516-line_zpsxkx8zbaj

Selain itu, konsep bagi majlis ini, Fouziah menjawab ianya berkonsepkan Aviation dimana konsep kapal terbang dipilih sebagai katil Zeeshan memandangkan Fouziah dan pasangan juga datang dari industri Aviation.

12507216_1070796126275324_5895465883853499267_n_zps3v7pelaw

Ditanya berkenaan produk kesihatan yang dihasilkan oleh beliau iaitu Chiaseeds dan Sarang Burung Walet, ianya mendapat sambutan luar biasa dan syukur kerana ramai menyokong produk itu.

Fouziah dan suami juga meminta agar peminat dan orang ramai sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous dan pasangan dari kami pihak Mig Online.

3591-line_zpsdfz4wkoe

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s