Peminat Shaheizy Sam Kecewa?

Sam

Dengar-dengar hari ni ramai fans Shaheizy Sam kecewa bila dapat tahu beliau akan bernikah dengan si pelakon cantik jelita Syatilla Melvin?

Namun tak kurang juga ada yang mendoakan semoga pasangan itu disatukan dan kekal hingga Jannah.

Anyway, kami dari pihak MiG Online ucapkan tahniah kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal bernikah pada 8 Februari depan di Pulau Pinang.

Kalau nak tahu, mereka berdua mula berkawan sejak 6 tahun lalu dan mula serius menjalinkan hubungan cinta sejak 2 tahun lepas.

Amboi! dalam diam-diam mereka ni, pandai betul sorokkan kisah percintaan daripada dihidu pihak media kan.

Syatilla yang kini sedang hangat berlakon drama bersiri terbitan Mig Pictures iaitu Sha dan Shah di Astro Ria jam 10 malam, akhirnya tidak lagi menafikan hubungan beliau dengan Shaheizy Sam.

Dengar-dengar juga, perkahwinan pasangan tu bakal menjadi Wedding Of The Year apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM25 juta . Wah! beruntung betul mereka ni kan.

Menurut Shaheizy Sam, beliau sendiri pun tidak sangka dapat tajaan sebanyak tu dan tidak mengetahui siapa penaja kerana segala urusan perkahwinannya diuruskan oleh ibunya.

perkahwinan-shaheizy-sam-syatilla-melvin-dapat-tajaan-rm25-juta_zpsxgut6sk6

“Sejujurnya saya sendiri pun tak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Segala urusan perkahwinan saya serahkan kepada ibu. Apa pun, terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut,” ujar Shaheizy Sam.

Sam & Syatilla

Majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 14 Februari.

Tak lupa juga, pasangan itu akan membuat satu majlis khas untuk meraikan peminat mereka pada 20 Februari.

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya nak melihat pasangan merpati dua sejoli ni bersandingkan. Sama-samalah kita doakan.🙂

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s