Letupan Bom di Jakarta.

Letupan bom di Jakarta pagi tadi telah mengejutkan seluruh dunia dan pastinya menimbulkan keresahan di kalangan penduduk setempat.

Berita terkini, polis telah menemui tiga bom tangan yang belum diletupkan di sekitar pusat membeli belah Sarinah dan Cakrawala.

Tiga bom yang ditemui itu bersama-sama dengan serpihan bom yang sudah pun meletup.

Selain itu, seluruh kafe Starbucks di ibu kota Indonesia juga diarahkan tutup dek kerana salah satu kafenya terlibat dalam serangan bom itu.

A police armoured personnel carrier is seen parked near the scene of an attack in central Jakarta

“Kafe ini dan semua kafe Starbucks di Jakarta akan ditutup sebagai langkah berwaspada sehingga notis dikeluarkan kelak,” kata kenyataan syarikat kafe gergasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu, sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, polis Indonesia telah menangkap suspek militan yang dipercayai terbabit dalam serangan bom dan tembakan di ibu kota Indonesia.

Polis Indonesia sebentar tadi menyatakan serangan di Jakarta sudah berakhir dan pasukan keselamatan kini mengawal keadaan.

Apa-apapun, kami dari pihak Metrowealth Pictures ucapkan takziah dan akan sentiasa mendoakan ibu kota Indonesia itu aman dan selamat.

Sumber : Reuters

3856.LINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s