Yana Samsudin Gembira Kawan Baik Dah Nak Kahwin.

YANA SAMSUDIN / PROKUYA / PENCIL / CONCORDE

Apabila si pelakon cantik manis Yana Samsudin  mendapat tahu rakan baiknya Shaheizy Sam sudah mahu berkahwin, beliaulah antara orang yang paling happy.

Manakan tidak, Sam adalah antara rakan artis yang paling rapat dengan Yana sejak dulu lagi. Dek kerana keserasian mereka, tak hairanlah mereka sering digandingkan bersama dalam drama dan filem.

Kalau dulu Sam sanggup turun padang bantu Yana membuat persiapan kahwin kini Yana pula menawarkan diri untuk membantu Sam dan Syatilla dalam menguruskan urusan perkahwinan.

“Saya terharu sangat sebab masa saya kahwin dulu Sam sudi jadi pengapit.  Jadi untuk majlis Sam nanti, insyaAllah, saya berbesar hati untuk buat apa pun.  Jadi tukang hidang makanan atau angkat kain Tilla pun tak kisahlah, boleh saja,” ujar Yana berlawak.  

Yana juga nasihatkan Sam dan Syatilla agar pasangan ini tidak terlalu tertekan memikirkan setiap persiapan bagi majlis perkahwinan mereka nanti.

perkahwinan-shaheizy-sam-syatilla-melvin-dapat-tajaan-rm25-juta_zpsxgut6sk6

“Saya tahu yang Sam mesti tengah sibuk nak uruskan majlis perkahwinan, kami dah laluinya.  Harap Sam dan Tilla tak stress (sebab Sam suka perfect nanti dia stress hahaha).  

Yana akui yang dia juga baru tahu berita perkahwinan mereka selepas Sam dan Syatilla umumkan tarikh baru-baru ni.

Menurut Yana, Syatilla mempunyai ciri-ciri wanita idaman Sam dan beliau mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Saya dan Fadzil doakan Allah kekalkan jodoh kebahagiaan Sam & Tilla hingga akhir hayat dan dipermudahkan zuriat,” ujar Yana.  

download_zpsqbgj1pnf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s