Meet and Greet Pelakon Sha & Shah

Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu menjawabnya…

Itulah antara bait lirik lagu OST Drama Sha & Shah yang bertajuk Hati Hati nyanyian Amira Othman…

Siapa yang tak pernah tengok drama ni? MiG Online pasti korang semua mesti tahukan drama yang tengah hangat sekarang ni lakonan pelakon si cantik manis Syatilla Melvin dan jejaka kacak Kamal Adli.

So, kepada mereka yang nak tengok  drama terbitan MiG Pictures ni bolehlah tontonnya di saluran Astro Ria & Astro Ria HD jam 10 malam setiap hari Isnin  hingga Khamis.

Admin pasti penonton mesti sukakan watak yang dibawa oleh Syatilla Melvin sebagai Sha dan Kamal Adli sebagai Shah yang kelihatan sangat sweet dan serasi dalam drama tu.

Sabtu lepas, Sha & Shah telah adakan 1 sesi Meet & Greet bersama peminat mereka di MPH Bookstore, NU Sentral.

Sambutan yang diterima sangat luar biasa, rupanya ramai yang menonton drama ni ye sampaikan pengacara majlis terpaksa tambahkan lagi masa dalam setengah jam untuk sesi tanda tangan dan selfie bersama para pelakon Sha & Shah.

Selain Kamal Adli dan Syatilla Melvin, Shima Anuar dan Azwan Kombos juga turut serta dalam sesi Meet & Greet tu.

Walau bagaimanapun, sambutan yang diterima pada hari tu amat memberangsangkan. Sha & Shah juga sempat bergurau dengan melakonkan watak mereka dalam drama tu, sweet sangat! hehe..

Apa-apapun tahniah diucapkan kepada para pelakon Sha & Shah kerana berjaya menarik ramai peminat untuk menonton drama tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s