Shaheizy Sam Tidak Galak Syatilla Melvin Berlakon?

Shaheizy Sam katanya tak galakkan bakal isterinya Syatilla Melvin meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas berkahwin nanti. Betul ke?

Sebenarnya, Sam tak halang pun Syatilla dari berlakon cuma kalau boleh katanya biar beliau saja yang berusaha keras dan menanggung keluarga.

“Saya sendiri sudah menjadi pelakon selama 22 tahun, jadi saya tahu kerja seorang pelakon ni bagaimana. Jadual penggambaran memang tak menentu. Saya sendiri susah nak berjumpa dengan keluarga saya, jadi kalau dia pun berlakon, bila masa kami boleh berjumpa. Walau bagaimanapun, jika dia teringin sangat nak berlakon, saya tidak ada masalah,”

Tambah Sam lagi, beliau juga tak mahu bakal isterinya nanti penat bekerja. Haih, bagus betul Sam ni kan?Untung Syatilla.Hehe…

“Saya tidak ada masalah untuk dia terus berlakon, tapi saya sebenarnya tak mahu dia penat bekerja. Kalau boleh saya tak nak orang sekeliling saya bekerja dan biarlah saya seorang saja yang menanggung keluarga. Tapi saya faham, seseorang pelakon itu bila dia berhenti berlakon, dia akan rasa ketagih untuk mahu berlakon semula. Jadi, saya tak akan menghalang, cuma saya tak galakkan.

perkahwinan-shaheizy-sam-syatilla-melvin-dapat-tajaan-rm25-juta_zpsxgut6sk6

Haa…tulah jawapan Shaheizy Sam. Kira ok lah tu kan, Sam tak halang cuma tak galakkan je, jadi lepas ni bolehlah Syatilla rehat dan tumpu perhatian pada rumah tangga dan semoga dapat ramai anak. Eh? Hehe…

MiG Online doakan agar persiapan perkahwinan Sam & Syatilla berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya. Tak sabar rasanya nak tengok mereka ni naik pelamin.

Apapun, jangan lupa tonton drama Sha & Shah malam ni ye jam 10 malam di Astro Ria & Astro Ria HD. Adakah ni drama terakhir lakonan Syatilla?Haa… Kita nantikan! Hehe..

Sumber Berita : Tonton Extra

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s