Adam AF & Fiza Elite Sah Cerai Kali Kedua

Rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite tak dapat diselamatkan apabila dikhabarkan mereka telah bercerai buat kali keduanya selepas penceraian yang pertama sekitar dua tahun lepas.

Fiza menjelaskan bahawa rumah tangga mereka tak dapat diselamatkan lagi malah beliau dan Adam dikatakan berpisah secara baik.

“Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri. Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar”

Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi. Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula”

Fiza akui selepas rujuk tahun lalu beliau dan Adam sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga ini namun hubungan menjadi semakin hambar dan kali ini Fiza nekad perpisahan adalah jalan yang terbaik.

Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semuanya dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk berpisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan”

Malah, pada sambutan Aidilfitri lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah. Saya pula beraya dengan keluarga. Malah, tahun lalu, saya diuji dengan kehilangan bapa tercinta. Dugaan itu bagai datang bertimpa. Tapi saya kuatkan diri,” kata Fiza yang menyatakan turut membuat solat istikharah demi meminta petunjuk daripada Tuhan.

Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September  2015. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember 2015.

Hmm…terkejut jugalah MiG Online mendapat tahu berita ni tapi nak buat macam manakan, semuanya kehendak takdir tiada siapa boleh lawan. Mereka pun sudah cuba sedaya upaya namun jodoh tak berpanjangan juga.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s