“Syukur Kerana Suami Menyokong Karier Saya” –Tya Arifin

Kebahagiaan pasangan Tya Arifin dan Asyraf Khalid jelas terpancar dari riak wajah ceria mereka apabila tiba saja di Wisma Metrowealth baru-baru ni.

Dalam pada tu, sempat jugalah MiG Online menemuramah pasangan ni kejap. Kalau nak tahu, mereka ni sangat peramah. Hmm tulah yang buat kami suka, walaupun mereka ni dari keluarga yang berada tapi tetap humble.

MiG Online sempat mengajukan soalan kepada Tya mengenai perkembangan bidang seninya selepas mendirikan rumahtangga, ini katanya ;

“Alhamdulillah kerjaya Tya dalam bidang seni semakin baik dan mendapat banyak tawaran berlakon di Indonesia dan Malaysia juga…kadang-kadang Tya juga akan balik ke Indonesia jika ada sebarang kerja disana tapi buat masa ni menetap dulu di Malaysia,”

Selain itu, Tya juga syukur kerana suaminya (Asyraf) sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong karier beliau.

“Tya syukur sangat kerana Asyraf sentiasa menyokong Tya dan tak menghalang minat Tya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni,” ujarnya.

Sementara itu, Asyraf pula kini sibuk menguruskan syarikat pengurusan selebriti yang dikenali sebagai A Klasse Management Sdn Bhd.

Namun pasangan ini berkata walau masing-masing sibuk bertugas tapi ia tak menghalang mereka untuk meluangkan waktu bersama.

Apapun, MiG doakan agar hubungan Tya dan Asyraf kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan baby yang comel-comel.hihi… Okay lah, jom kita tengok gambar pasangan secocok ni ;

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s