Dibenci Kerana Sha & Shah?

Hai…selamat pagi semua! Selamat memulakan tugas harian. Tapi sebelum tu jom selak-selak gosip dulu.Hihi..

Hmm..mesti terkejutkan dengan headline kat atas tu? Siapa yang dibenci kerana Sha & Shah tu?

Haa..kepada yang setia menonton drama bersiri Sha & Shah terbitan MiG Pictures mesti tahu siapa yang dibenci tu. hihi…

Tapi cerita dia sekarang gambar dah tunjuk Shima Anuar so adakah Shima Anuar dibenci? Sebenarnya bukanlah Shima Anuar dibenci tapi Atilia.

Disebabkan watak itu ramai yang tak sukakan Atilia ni dimana watak yang dipegang oleh Shima Anuar sendiri dalam drama Sha & Shah tu.

Perwatakan Atilia dalam drama tu sebagai seorang perempuan yang bengis, serius, garang dan sombong.

Semalam, sempat MiG Online menemuramah Shima Anuar dan beliau akui agak sukar membawa watak Atilia dan ia adalah satu cabaran baginya untuk membawa karakter tu .

“Memang boleh dikatakan hari-hari ada je yang komen negatif di media sosial kata bencikan Atilia ni, kenapa Atilia ni jahat sangat, kejam macam-macamlah tapi orang tak benci Shima Anuar orang bencikan Atilia,hihi,” ujarnya sambil tertawa.

“Syukur Alhamdulillah dengan membawa karakter tersebut ramai yang mula menyedari kehadiran saya dalam industri.”

8_zpsw9oxqoyy

Apapun tahniah MiG Online ucapkan kepada Shima Anuar kerana berjaya membawa watak Atilia hingga membuatkan ramai mula mengenali beliau.

 

Kepada yang nak tengok Karakter Shima Anuar sebagai Atilia jangan terlepas untuk menonton drama Sha & Shah di Astro Ria dan Astro Ria HD jam 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.

 

9_zpswxf9tiba

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s