Isteri U-Wei Ditemui Mati Di Pantai California Selepas 7 Hari Hilang

Mengucap panjang MiG Online bila mendapat khabar berita mengejutkan mengenai isteri kepada pengarah, U-Wei yang ditemui mati di perairan pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Isterinya, Diana Gail Saari, 62, dilaporkan hilang sejak 22 Januari di Oakland, California dan rakan-rakannya memberitahu kali terakhir mereka nampak Gail pada 10 pagi waktu tempatan hari yang sama.

U-Wei pada Rabu lepas turut memuat naik status berbunyi “I love you usah (gail). Status itu kini dipenuhi dengan ucapan takziah daripada keluarga, rakan dan orang ramai.

The San Francisco Chronicle melaporkan dalam portalnya www. sfgate.com bahawa jasad Gail dijumpai pada petang Jumaat lalu oleh Unit Marin Jabatan Polis Oakland.

Selain itu, MiG Online dapat tau U-Wei juga mengirim satu pesanan Whatsapp kepada Bernama dan beliau enggan mengulas lanjut perkara berkenaan dan hanya meminta semua orang mendoakan roh isterinya itu dicucuri rahmat.

Apapun, MiG Online ucapkan takziah kepada U-Wei dan keluarga. Semoga roh isterinya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…

Sumber : Beautifulnara

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s