Ketahui Jenis-Jenis Saka & Pantang Larang

minggu202-docx_zps6i0zsjfj

Saka?

Topik kali ini saya ingin berkongsikan perihal jenis-jenis saka/ jin yang mana seringkali kita dengar cerita dari mereka yang terdahulu. Jin ini rupanya sangat ngeri dan menakutkan. Dikatakan mereka sebenarnya 90% hampir sama dengan rupa manusia. Mereka juga punya hidung, mata, telinga dan semua yang dimiliki manusia. Cuma bezanya saiz mereka ada yang besar teramat besar dan kecil sekecilnya.

2_zpsxtdeycxk

Jin yang tinggi ilmu nya akan merubah rupa bertujuan untuk menakutkan manusia lantas membuat manusia percaya akan kewujudan “hantu”. Di antara rupa jin yang sering kita bualkan ialah bajang, toyol, polong, pelesit, hantu raya, saka haiwan, puntianak, langsuir, penanggal,pocong dan banyak lagi.

12713949_1113554032008508_2109910550_n_zpsveqera0j

3_zpstaf28wls

4_zpsgysqvab5

Hadis ada menyebut bahawa jin dan syaitan tidur diwaktu siang dan menjelang petang mereka keluar untuk mencari rezeki dan makanan. Baik laki-laki mahupun perempuan, baik yang dewasa mahupun kanak-kanak.

Sebab itu nenek moyang kita ada berpesan “bila menjelang senja segera tutup pintu dan tingkap rumah”..

6_zpsn6aqlncl

Dan tiap kali mahu makan, bacalah bismillah beserta doa makan jika tidak mahu berkongsi makanan dengan syaitan

12476106_1113554045341840_378368422_n_zpsbjsqwm2o

Syaitan adalah ketua segala kejahatan. Hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram disisi islam, tidak kiralah untuk bertujuan baik-baik ataupun mengenakan sesama manusia. Membela saka ini tanggungjawabnya sangat besar. Jika terlanggar pantang maka binasalah badan. Antara pantang larang membela saka adalah:

  • Harus memberi mereka makan terlebih dahulu. Barulah mereka akan menurut perintah.
  • Melimaukan keris terlebih dahulu.
  • Berzikir mengikut jumlah dan pada masa tertentu mengikut kehendak saka.
  • Tidak boleh ziarah orang mati.

insta20saka4-docx_zpsnu70p10y1

Makanan yang dihidangkan kepada saka tidaklah seperti jamuan manusia. Saka lebih senang di jamu dengan:

  • Pulut kuning.
  • Sekapur sireh pinang
  • Telur ayam mentah
  • Bertih nasi
  • Rokok daun

img_20141106_062758_zps85huv60q

telur-pecah_zpshuqebxa9

Astaghfirullahalazim ..

Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan syirik Al Uluhiyyah, Ar

Rububiyyah dan Asma Was Syifat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s