“I Love You” -Sam

“I Love You” inilah ungkapan yang dilaungkan oleh Shaheizy Sam setelah sah menjadi suami kepada si cantik Syatilla Melvin pada 8 Februari lalu di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, sudah 6 tahun rupanya mereka menyulam kasih. Haih pandai betul pasangan ni sorokkan kisah percintaan dari dihidu pihak media,hihi…

Pada majlis itu, Sam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,082 kepada Syatilla manakala Sam juga menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh kepada pihak perempuan.

Selain itu, perkahwinan pasangan ni juga merupakan perkahwinan termahal dan diiktiraf sebagai Wedding Of The Year kerana mereka mendapat tajaan sebanyak RM25 juta. Haih beruntung tuan punya badan.

Selepas saja selesai Sam menyarungkan cincin ke jari manis Syatilla, Sam pengsan malah ia cukup memeranjatkan Syatilla. Yelaa mana taknya, baru saja bergelar pasangan halal tiba-tiba pengsan pulak si suami. Hmm tapiii rupa-rupanya ia adalah gimik surprise birthday khas untuk isteri tercintanya. That moment when you married a good actor. Hihi…🙂

Seterusnya, majlis resepsi pihak perempuan pula diadakan di Bukit Jawi Golf Villa pada keesokkan harinya dan kedua mempelai kelihatan begitu segak dan manis dengan busana rekaan dari Arma Couture.

Reaksi pasangan pengantin sepanjang hari tu kelihatan cukup gembira apabila segala yang dirancang menjadi kenyataan jua akhirnya. Alhamdulillah…

Apapun, tahniah MiG Online ucapkan kepada pasangan mempelai ni dan semoga hubungan berkekalan hingga Jannah.

Manakala resepsi seterusnya di sebelah lelaki pula akan diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 14 Februari depan.

Pasangan tersebut juga akan menganjurkan majlis khas untuk meraikan peminat pada 20 Februari nanti. Mesti ada yang tak sabar nak jumpa artis kesayangan mereka ni kan? Haa tempat akan diumumkan oleh Sam sendiri nanti, so sabar ye peminat sekalian.

So, sebelum tu jom kita cuci mata lagi dengan gambar-gambar sweet mereka sepanjang majlis berlangsung ;

  • Sekitar Majlis Pertunangan & Berinai :

screen20shot202016-02-1020at205-38-3720pm_zpszb514eyf

screen20shot202016-02-1020at205-39-1820pm_zpsremavxb8

4_zpsiskac9jy

screen20shot202016-02-1020at205-37-5720pm_zpshygpwfsa

screen20shot202016-02-1020at205-11-1220pm_zpsh1wljwn9

screen20shot202016-02-1020at205-36-0120pm_zpsqbfiqqh9

  • Sekitar Majlis Pernikahan :

  • Sekitar Majlis Resepsi :

screen20shot202016-02-1120at206-35-4520pm_zps4khaqxs0

screen20shot202016-02-1120at206-59-3020pm_zpsicuteydd

screen20shot202016-02-1120at206-34-5920pm_zpseqldyjdv

2 thoughts on ““I Love You” -Sam

  1. Wow…congratss yerr both of you…suka lakonan satilla melvin dalam ‘street of vendetta’…happy weeding days…akhirnya khawin jua adik kesayangan zizie izzite nie….

  2. tahniah #samtilla semoga korang bahagia2 selalu semoga korang kekal hingga kew jannah amin…semoga sam menjadi suami yang terbaik soleh untuk tilla dan semoga tilla mnjadi isteri yang terbaik untuk tilla i love you all…all the best #samtilla

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s