Hafiz Nikah 14 Mei & Hanya Inginkan Majlis Yang Sederhana

Kebelakangan ni kita selalu je dengar berita artis tu kahwin, artis ni kahwin, sana sinilah cerita kahwin. Gembira MiG Online dengar. Hihi..

Kali ni dengar-dengar Juara Akademi Fantasia musim ketujuh iaitu Hafiz Suip bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi dengan tunangnya, Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei nanti. Tahniah!🙂

Namun, Hafiz memilih untuk bersederhana saja bagi menyempurnakan majlis bermakna dalam hidupnya itu tak lama lagi. Hm baguslah macam tu, dalam Islam pun menggalakkan kesederhanaan.

“Saya tidak pentingkan majlis yang ‘gah’, hanya inginkan kesederhanaan. Apa yang penting bagi kami ialah ijab dan kabul itu sendiri, selain bagaimana untuk meneruskan kehidupan kami selepas bergelar suami isteri”.

Selain tu, Hafiz juga berkata perkahwinan bukanlah medan untuk bermegah-megah dan cukuplah sekadar ikut kemampuan dan mendapat doa restu dari keluarga.

 “Walaupun selebriti, tak perlu terlalu ikut trend, tak perlu hendak gah sangat, janji apa yang wajib kita sempurnakan. Insya-Allah,” ujar Hafiz.

Memandangkan pasangan ni berasal dari tempat yang sama iaitu Sarawak so majlis perkahwinan mereka nanti akan diadakan di negeri bumi Kenyalang itu sahajalah. Senang katanya dekat sikit ye,hihi.. Dan khabarnya mereka memilih tema perkahwinan dalam taman sebagai menyerikan lagi hari bersejarah tu.

Anyway, MiG Online doakan agar segala persiapan Hafiz dan Effy berjalan dengan lancar dan tahniah kami ucapkan.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s