Fara Fauzana Undur Diri Dari Hot FM

Setelah hampir 10 tahun menghiburkan hati pendengar menerusi corong radio Hot Fm, Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau ni khabarnya dah nak mengundurkan diri daripada bidang radio dan perkara tu sudah pun diumumkan olehnya beberapa hari lepas.

Hm ternyata keputusan Fafau tu membuatkan ramai di antara peminatnya kecewa, yela mana taknya lepas ni tak dapat dah la nak dengar suara Fafau di slot AM Krew setiap pagi sambil hadap jem nak ke pejabat,hihi..

Tapi kenapa Fafau nak berhenti Hot Fm? Ujar Fafau, beliau ingin mendekatkan diri kepada Tuhan, Alhamdulillah…Baguslah begitu.

Malah Fafau juga khabarnya nak memberi peluang kepada orang lain untuk ceburi bidang radio memandangkan namanya sudah terlalu sinonim dalam dunia radio so katanya sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada orang lain.

“Nama saya sudah terlalu sinonim dalam dunia radio. Kadang kala saya berasakan seperti menjadi penghalang untuk bakat lain menonjol dalam dunia penyampaian radio.

Jadi, lebih baik saya buka ruang itu kepada orang lain. Selain itu juga, saya dapat memberi ruang kepada diri sendiri untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

MiG Online dapat tahu juga yang Fafau ingin menumpukan perhatian dengan kehidupannya termasuklah ingin berumah tangga satu hari nanti.

“Pada usia mencecah 36 tahun ini juga, saya berasakan sudah tiba masanya untuk memberikan tumpuan kepada hal peribadi, termasuk memikirkan soal ibu bapa dan rumah tangga.

Hm agak sedih jugalah MiG Online bila dapat tahu Fafau nak berhenti  26 Februari ni tapi beliau pun nak rehatkan. Apapun, MiG Online doakan agar Fafau dipertemukan jodoh cepat-cepat ye,hihi..

Malah selain itu juga tiga lagi penyampai radio iaitu AG, Ikhwan dan Liza turut mengumumkan yang mereka akan undur diri dari Hot Fm dan meneruskan kerjaya di Ultra FM bermula 27 Februari ni.

Sumber :Beautifulnara

 

 

 

One thought on “Fara Fauzana Undur Diri Dari Hot FM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s