Yatt Hamzah bakal bernikah?

Setelah hampir 5 bulan Yatt Hamzah menjalani kehidupan sendirian, kini ada ura-ura mengatakan Yatt bakal bernikah dengan seorang jurugambar. Wah.. tak lama lagi makan nasi minyak lah kita. hehe..

Ramai yang tahu bahawa pelakon dan pengacara terkenal ini telah bergelar ibu tunggal setelah mahligai yang terbina ditimpa dengan pelbagai ujian, namun siapalah mereka untuk melawan takdir dan diakhiri dengan penceraian. Hasil dari perkahwinan beliau bersama bekas suami iaitu Abdul Mutalib Shukor, mereka telah dianugerahkan seorang cahaya mata. Dikatakan hubungan mereka mula goyah sejak bulan Februari 2015 dan akhirnya mereka mengumumkan penceraian yang sah pada 25 Ogos 2015.

“yang pasti Tuhan Maha Tahu apa yang manusia tak tahu” itulah kata-kata Yatt apabila ramai yang membuat spekulasi mengenai punca penceraian mereka diakibatkan oleh orang ketiga. wallahualam..

Terkini, Yatt dikatakan bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan seorang jurugambar yang usianya 10 tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan mereka akan diadakan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 27 Februari tahun ini. MIG Online tak pasti samada berita ini sahih atau hanya khabar angin. Sama-sama kita nantikan berita baik ini dan mendoakan yang terbaik buat Yatt Hamzah.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s