“Ini Perkahwinan PERTAMA Saya,” Nabila Huda

Tahniah buat pelakon Nabila Huda yang baru saja mendirikan rumah tangga dan khabarnya beliau kini lebih bahagia dalam melayari bahtera perkahwinannya itu. Hm.. Seronok MiG Online dengar.

“Alhamdulillah kehidupan saya kini lebih bahagia kerana ada penyeri dan peneman. Banyak perkara kami lakukan bersama seperti memasak,” kata Nabila ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem Munafik semalam.

Selain itu, Nabila yang mesra dengan panggilan Abil berkata perkahwinan kali ke-2 ni dianggapnya seperti perkahwinan pertama kerana mungkin sebelum ini beliau masih belum cukup matang.

“Perkahwinan yang ini saya anggap seperti perkahwinan pertama saya kerana sebelum ini saya tidak dapat menikmati sepenuhnya kerana mungkin ketika itu saya masih muda lagi. Sekarang Alhamdulillah saya begitu bahagia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri,” ujarnya.

Apabila diajukan soalan ada plan tak untuk mendapatkan adik kepada Keisha, Abil berkata segalanya diserahkan kepada Allah Taala saja.

“Saya hanya merancang Tuhan yang menentukan, bergantung pada rezeki Allah, kalau ada Alhamdulillah saya gembira,” katanya.

MiG Online doakan kepada Abil dan keluarga semoga perkahwinan kali ni kekal hingga Jannah dan dikurniakan baby yang comel-comel,hihi..🙂

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s