“Munafik Filem Yang Tepat Untuk Saya Buat Comeback” – Syamsul Yusof

Semalam MiG Online sempat pergi ke Tayangan Perdana untuk filem Munafik arahan Syamsul Yusof terbitan Skop Production Sdn. Bhd. Bagi MiG Online jalan cerita tu memang menjadilah seram dia, sampaikan ramai terjerit-jerit sebab terkejut punya pasal, hahaha…

Anyway, tahniah kepada pengarah filem ni iaitu Syamsul Yusof kerana berjaya membuat comeback filem seram sebegini setelah 3 tahun menyepikan diri dari industri perfileman dek kerana filem KL Gangster 2 arahannya diciplak dengan begitu ‘ganas’ sekali pada tahun 2013 lalu.

Hm..lama juga ya Syamsul menyepikan diri. Mana taknya, peristiwa tu seolah-olah telah meragut jiwa dan perasaannya sebagai pengarah. Peristiwa ‘hitam’ tu betul-betul mengguris hati dan mencabar kredibiliti Syamsul sebagai sutradara yang telah mengabdikan dirinya untuk menghasilkan kualiti persembahan yang baik menerusi KL Gangster 2.

Namun, kini Syamsul bangkit dari kekecewaan lalu dengan mempertaruhkan semangat dan harapan baru dengan karyanya yang ke-9 iaitu sebuah filem seram berjudul Munafik. 

MiG Online sempat menemuramah Syamsul dan bertanya dari mana tercetusnya idea untuk menghasilkan Munafik, katanya ;

“Sebenarnya memang dah lama saya terfikir untuk membuat filem bergenre seram dan mempunyai konsep Islamik so Munafik adalah filem yang tepat untuk saya buat comeback,”

“Antara cabaran sepanjang mengarahkan filem ni ianya memang mencabar sangat memandangkan saya dan krew pun semua penakut tapi Alhamdulillah sepanjang shooting semuanya okay dan kami juga ditemani ustaz-ustaz,” ujar Syamsul.

Munafik menampilkan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim, Sabrina Ali, Datuk Rahim Razali, A. Galak dan ramai lagi.

Hm..dengar cerita semalam sampai ada yang menangis takut bila menonton filem Munafik nie. Apapun kita nantikan filem ni di pawagam 25 Februari ini ok? Sebelum tu jom layan gambar preview semalam ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s